Login BM Courses Home

ETLN

Course

GPG13133: SAINS KOMPUTER TINGKATAN 5

RINGKASAN KURSUS

  • Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Sains Komputer merupakan mata pelajaran elektif di dalam kelompok Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) yang digubal untuk murid Tingkatan 4 dan 5. MPEI memberi fokus kepada keperluan perubahan kurikulum dan pentaksiran berasaskan kompetensi yang merujuk standard industri, badan profesional serta badan pensijilan kebangsaan dan antarabangsa.
  • MPEI Sains Komputer tampil dengan fitur yang berasaskan standard badan persijilan dan profesional untuk menyediakan asas yang kukuh bagi murid melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama ke peringkat tertiari dan secara langsung menguasai kompetensi standard industri.
  • Sains Komputer merupakan disiplin ilmu yang mempunyai bidang pengetahuan tersendiri iaitu berkaitan dengan prinsip asas pembentukan dan penggunaan komputer (Kamus Komputer DBP, 2015). KSSM Sains Komputer direka bentuk untuk memberi ruang kepada murid membangunkan kemahiran pemikiran komputasional dan pemikiran kritikal melalui keupayaan mereka bentuk, membangun serta mencipta aplikasi dan sistem.
OBJEKTIF

  1. Membina pengetahuan tentang prinsip dan konsep yang merangkumi logik dan algoritma.
  2. Menggunakan pengaturcaraan sebagai satu kaedah dalam menyelesaikan masalah.
  3. Menganalisis masalah menggunakan kemahiran pemikiran komputasional dengan berbantukan komputer.
  4. Mengkaji, menilai dan mengguna sistem sedia ada dan persekitaran yang berkaitan dengan pengkomputeran serta memberi idea penambahbaikan kepada perkembangannya.
  5. Menjana idea yang kreatif dan inovatif semasa membangunkan aplikasi.
  6. Mengaplikasi pengetahuan Sains Komputer secara berhemah, beretika, bertanggungjawab dan berkeyakinan.
  7. Menghargai peranan dan kepentingan Sains Komputer serta kesannya kepada masyarakat dan ekonomi.